CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik-Klik ^^

Followers

Friday, May 4, 2012

Walkaton D'Raja | Karnival Walk With Me 2012

Assalamualaikum.

Selamat petang, dah lama rasanya aku tak menaip kat sini. Almaklum, sangat sibuk. Sekarang tengah menyiapkan love letter a.k.a. thesis sebab fist draft kena hantar kat examiner 15hb ni. Ayoo, memang perit dan sakit kepala nak menyiapkannya. Kita simpan kejap cerita thesis, meh aku nak cerita kat korang aktiviti yang aku join semalam.

Walkaton D'Raja. Sebab apa namanya D'Raja? sebab sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turun padang. Hah, dapat la tengok baginda depan mata walaupun dari jauh.Hehe. Kat situ jugak aku boleh jumpa dengan Tok Guru Nik Aziz and Ustaz Azhar Idrus. Nampak dari jauh je la, nak pegi dekat2 tak boleh. Ramai sangat orang. Korang boleh bayang tak 25 ribu ++ orang yang paticipate dalam acara walkaton tu. Fuhh. memang sangat ramai, aku yang tengok ni pun pening. 

Student USM yang participate pun dah dekat 400 orang. Aku bertolak dari USM jam 12 tengah ari. Sampai sana dekat 12.30 pm kot. Ingat kan walkaton tu start pukul 3 pm, tapi rupa-rupanya lepas Asar. Mak aii, dah berapa pusingan tak tahu, aku ngan Cik Tha duk round2 kawasan Karnival tu. Kiranya kitaorang dah berwalkaton dulu la kan. Haha. 

Jom la layan gambar, nak bercerita panjang la pulak. Lets da pictures tell u da story k. Haha ^^






Dimana-mana mesti ada color merah. Haha. Merah tandanya berani kan. Hidup RED!

Jom makan, nasi ayam ni best!


Kami macam budak sekolah ^^

Muka penat gila dah masa ni, pusing satu KB kot. Haha.

Masa ni comel lagi gambar sorang2. haha. Lepas event, habis mekap. Kih3

Itu sahaja lah aku mahu cerita, Karnival Walk With Me ni still berlangsung lagi sekarang. Dari 3-5 mei kalau aku tak silap la. Korang yang duduk area KB tu jemput2 la datang ek. Banyak acara menarik menanti anda. Huhu, siap promote lagi nih. Hehe.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. student usm gk rpanya...=p

    cik lynn pn join ari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la..student usm ke..? xpernah nmpak...sy final year dah..nak abih bulan6 nih...hehe

      Delete

Klik-Klik ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...