CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Klik-Klik ^^

Followers

Tuesday, June 19, 2012

Jalan-jalan | Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita sikit pasal percutian kami di Kuala Terengganu 2-3 hari yang lepas. Kami 9 orang, Biomedic 4th year dah lama planning nak jalan2 bila akhir sem and lepas exam. Nak pergi situ la, sini la. Last-last ke KT je kita kan. Its ok, aku pun tak pernah lagi jalan2 kat KT ni. Just pernah lalu, and singgah beli kepok losong je. Hihihi.

Percutian 2 hari 1 malam. Kami bertolak dari USM tengah hari Jumaat, lebih kurang pukul 11.30 am. Driver, Cik Sya and Cik Dayah. Alhamdulillah, kami selamat sampai kat bandar KT lebih kurang pukul 3 pm. Singgah solat dulu kat Masjid Terapung sebelum meneruskan perjalanan ke Marang, rumah Cik Ila. Menjamu selera kat umah Ila sampai tak ingat dunia. Haha. Banyak gila makan. Susah2 aje mak cik masak kan. Terima kasih!

Lepas asar, kami bertolak ke Pantai Batu buruk. Berphotoshoot dulu kat situ. Kalau tak amik gambar memang tak sah la kan. Sempat naik kereta kuda jugak. RM5 untuk 1 pusingan. Hmm, berbaloi ke? Hehe. 

Lepas maghrib, destinasi seterusnya, I-City. Haha. Kat KT pun ada I-City tau, bukan kat Shah Alam je. Yang beza nya, free of charge, tapi just ada pokok berlampu warna warni je. Hahaha. Tak ada apa pun kat sana. Snap2 gambar. Muka sorang2 masa ni sudah menampakkan kepenatan. Jom balik rumah! Hehe. Kitaorang sewa homestay kat area Gong Badak. Sampai kat rumah sewa lebih kurang pukul 10. Lawa gila la rumah, berbaloi sewa. Just RM150 for 1 day. Semua kelengkapan ada. Siap ada bilik aircond lagi.

Hari ke dua.

Destinasi, Muzium Negeri. Muzium terbesar di Asia Tenggara. Betol ke? Kawan yang cakap. Tak masuk pun, just jalan-jalan kat luar je. Banyak tempat menarik. Boleh buat wedding photoshoot kat sini. Haha. Lepas tu bertolak ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man. Fee RM15 sorang. Binaan masjid seluruh dunia di pamerkan kat sini. Ada yang besar, ada yang kecik. Ada yang rupa masjid, ada yang pelik. Hehe. Mula2 semangat snap2 gambar, bila matahari sudah atas kepala, energy sudah berkurangan. Muka habis burn. Tak sempat nak tengok semua masjid, banyak sangat. Tak larat nak jalan dah. 

Lepas tu, destinasi untuk menyopping. Pasar Payang. Banyak jugak la duit aku mengalir kat sini. Dah puas shopping, kami pun bertolak ke rumah Cik Ira. Makan2 kat sana. Cik Ira punyer puding triffle best!

Panjang pulak aku mengarang kan. Haha. Cerita 2 hari, mesti la panjang. Jom layan beberapa pic yang kami sempat snap. Nak letak semua, banyak sangat. Hehe.

Masjid Terapung




Naik kereta kuda ^^

Pantai Batu Buruk

Kami! Heart u'ols <3

I-City. Model tangga (:

Rumah sewa. Lawa!

Muzium Negeri


Taman Tamadun Islam. Model payung. Panas!

Kita jumpa waktu Konvo pulak ye kawan2. Hehe. Selamat bercuti! Yesss. Tamat sudah pengajian aku selama 4 tahun di USM ni! Tak rasa nak balik pun. Hehe. Malas nak mengemas barang sebenarnya. Korang2 yang belum habis exam lagi tu, good luck ye!


Assalamualaikum.

6 comments:

  1. wah.. teringin nak jejalan t'ganu tuh..
    x pernah sampai lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2..banyak lagi kot tempat yang tak pergi kat t'ganu..lain kali kena datang lagi ^^

      Delete
  2. liza tipooooo... gambar 3 dr bawah muzium la... bukan masjid.... ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. awop perasan aje..hahaha..tersilap la..t sy betol kan..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. hehehe...mmg best! nak2 lagi pergi ngan kawan2..njoy!

      Delete

Klik-Klik ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...